THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 24, 2011

SaTu KiSaH CiNtA Ai'RaZ....

Suami saya adalah seorang peguam, saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hanyat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.

Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih ….lelah,alasan-alasan saya mencintainya dulu berubah dan telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitive serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi,semua itu tidak pernah saya peroleh. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantic dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari,saya memberanikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.

‘mengapa?’ dia bertanya dengan nada terkejut.

‘siti letih,abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.’

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputarnya,namun seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah,seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, ‘apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran siti?’ saya merenung nya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

‘siti ada satu soalan,kalau abang temui jawapannya di dalam hati siti,siti akan mengubah fikiran siti. Seandainya,siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung itu, abang akan mati. Apakah abang akan lakukan untuk siti???

Dia termenung dan akhirnya berkata, ‘abang akan memberikan jawapannya esok.’ Hati saya terus gundah mendengar responsnya itu.

JAWAPANNYA:

Keesokkan paginya,dia tidak ada di rumah, dan saya menemui sehelai kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera……

‘sayangku,abang tidak akan akan mengambil bunga itu untukmu,tetapi izinkan abang untuk jelaskan alasannya.’ Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun,saya masih terus ingin membacanya. ‘siti boleh mengetik di komputar dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,abang harus memberikan jari-jari abang supaya bolah membantu siti memperbaiki program itu.’

‘siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika siti keluar,dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu,dan membuka pintu untuk siti ketika pulang,’

‘siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang siti kunjungi,abang harus mencari siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa siti pulang ke rumah.

‘siti sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ siti datang setiap bulan,dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki siti yang sengal itu.’

‘siti lebih suka duduk di rumah,dan abang selalu risau siti akan menjadi ‘pelik’. Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal yang kelakar yang abang alami.’

‘siti selalu menatap computer,membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata siti,abang harus menjaga mata abang agar ketia kita tua nanti,abang dapat menolong memotongkan kukumu dan memandikanmu.’

‘tangan abang akan memegang tangan siti menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.’

‘tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang.’

‘sayangku, abang tahu ada ramai yang boleh lebih mencintaimu lebih daripada abang mencintai siti.’

BUKTI SAYANG

‘untuk itu sayang,jika semua yang telah diberikan oleh tangan,kaki,mata abang tidak cukup bagi siti. Abang tidak akan menahan diri siti untuk mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan siti.’

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

‘dan sekarang, siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika siti puas hati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan abang tinggal di rumah kita,abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan siti.’

‘tetapi jika siti tidak puas hati,sayangku…biarkan abang mengemaskan barang-barang abang dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah,bahagia abang bila siti bahagia.’

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangan memegang susu dan roti kegemaran saya.

Oh! Kini baru saya tahu,tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan,maka cinta itu hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.